Legenda Man United anggap taktikal Arsenal hodoh, menyakitkan hati
Legenda Man United anggap taktikal Arsenal hodoh, menyakitkan hati

London: Arsenal bermain dengan corak bola sepak ‘hodoh’ dan ‘menyakitkan hati’ untuk ditonton, demikian dakwaan legenda Manchester United, Peter Schmeichel, selepas kekalahan 0-1 mereka kepada Liverpool.
Sepakan percuma bintang sensasi, Dominik Szoboszlai tujuh minit sebelum tamat perlawanan menjadi pemisah di Anfield dalam aksi yang menyaksikan peluang gol amat terhad.
Skuad Mikel Arteta hanya berjaya melakukan satu percubaan tepat ke gawang menerusi Noni Madueke pada separuh masa pertama, dan mereka dilihat enggan bermain lebih agresif menentang pencabar kejuaraan biarpun perlawanan seimbang.
Pengulas seperti Jamie Carragher dan Roy Keane turut mempersoalkan pendekatan Arteta, dengan Keane menggambarkan Arsenal sebagai terlalu ‘robotik’.
Namun Schmeichel, yang menjadi wira di Old Trafford antara 1991 hingga 1999, melontarkan kritikan paling pedas, malah mendedahkan beliau benar-benar berharap Liverpool menang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Bercakap selepas perlawanan kepada Viaplay, katanya: “Tidak pernah dalam hidup saya, saya begitu mahu sebuah pasukan menang seperti Liverpool hari ini.
“Arsenal membawa corak bola sepak yang hodoh ke dalam permainan. Arteta… biarkan pasukan anda bermain bola sepak! Lepaskan mereka, beri mereka kebebasan!
“Saya benar-benar yakin jika Arteta lakukan itu, mereka akan menang lebih banyak perlawanan.”
Schmeichel juga tidak berpuas hati dengan aksi konservatif Arsenal pada separuh masa pertama, dengan menambah: “Untuk menghasilkan perlawanan bola sepak yang baik, anda perlukan dua pasukan. Tetapi hanya satu pasukan yang cuba bermain bola sepak, iaitu Liverpool.
“Saya tidak mahu menghina Arsenal, tetapi corak bola sepak mereka sangat menyakitkan hati untuk ditonton. Ia direka untuk mengeksploitasi lawan sambil menunggu peluang daripada set piece.”
Legenda Man United anggap taktikal Arsenal hodoh, menyakitkan hati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.