Lawan Muhammad Ali di KL, Joe Bugner sudah tiada

Lawan Muhammad Ali di KL, Joe Bugner sudah tiada

Lawan Muhammad Ali di KL, Joe Bugner sudah tiada
PERTARUNGAN antara Muhammad Ali (kiri) dan Joe Bugner di Kuala Lumpur pada 1975. FOTO NSTP

Beliau pernah bertarung dengan Muhammad Ali sebanyak dua kali, pertama pada 1973 di Las Vegas dan sekali lagi pada 1975 dalam pertarungan 15 pusingan di Kuala Lumpur bagi merebut kejuaraan heavyweight WBA, WBC dan The Ring.

Namun, Bugner tewas dalam kedua-dua pertarungan itu menerusi keputusan mata sebulat suara.

Beberapa bulan selepas kekalahan pertamanya kepada Ali, Bugner turut tewas kepada Joe Frazier dalam pertarungan di Earls Court, London.

Namun pada 1971, petinju kelahiran Hungary yang menjadi warganegara Britain-Australia itu berjaya menewaskan Henry Cooper menerusi kiraan mata untuk dinobatkan sebagai juara heavyweight British, Eropah dan Komanwel.

Beliau mempertahankan kejuaraan heavyweight Eropah hanya dua bulan kemudian apabila menewaskan Jurgen Blin, sebelum kehilangan ketiga-tiga tali pinggangnya kepada Jack Bodell pada September.

British Boxing Board of Control mengesahkan berita sedih itu dalam satu kenyataan.

“Dengan penuh kesedihan dimaklumkan bahawa bekas juara heavyweight British, Eropah, Komanwel dan pencabar kejuaraan dunia, Joe Bugner sudah meninggal dunia di rumah jagaan beliau di Brisbane, Australia.

“British Boxing Board of Control merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Joe.”

 

Lawan Muhammad Ali di KL, Joe Bugner sudah tiada

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker