Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

BINTULU: Polis hari ini mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah takungan air berhampiran lampu isyarat Spait, Jalan Celestine Ujang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang bapa yang memaklumkan anak lelakinya berusia tujuh tahun hilang berhampiran simpang jalan masuk Taman Seri Pelabuhan, Bintulu lebih kurang 8.30 malam tadi.

Bertindak atas maklumat tersebut, beliau berkata pasukan polis bersama Unit MPV IPD Bintulu serta pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi untuk membantu pencarian kanak-kanak itu.

“Mangsa berumur tujuh tahun, berbangsa Iban, ditemui di dasar takungan air berkedalaman lima meter, terletak lebih kurang 50 meter dari rumah pekerja Fully Contractor Workshop. Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Pegawai perubatan dari Hospital Bintulu telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Polis menasihati orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga, agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak di kawasan berhampiran kolam atau takungan air.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD di talian 086-318304. – BERNAMA

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker