Isak sudah tiba di Liverpool
Isak sudah tiba di Liverpool

London: Liverpool dilaporkan sudah bersetuju dengan yuran perpindahan rekod Britain bernilai £125 juta (RM618.5 juta) untuk mendapatkan Alexander Isak daripada Newcastle, dengan perpindahan itu dijangka dimuktamadkan pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas yang penuh dengan drama.
Penyerang Sweden itu difahamkan telah tiba di pusat latihan kelab hari ini, menandakan hampir berakhirnya drama panjang perpindahan terbabit.
Dengan jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal ditutup, masih terdapat beberapa perpindahan besar yang dijangka berlaku ketika kelab-kelab berebut memperkukuh skuad masing-masing.
Sky Sports melaporkan Newcastle sudah bersetuju untuk mendapatkan penyerang Brentford, Yoane Wissa, manakala penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma pula dijangka berhijrah ke Manchester City selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan di Paris Saint-Germain (PSG).
Manchester United pula dilaporkan dikaitkan dengan penjaga gol pemenang Piala Dunia Aston Villa, Emiliano Martinez, ketika mereka mencari penyelesaian terhadap krisis posisi penjaga gol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Namun, tumpuan utama pastinya terarah kepada proses terakhir perpindahan Isak ke Liverpool.
Kelab Anfield itu pernah ditolak tawaran bernilai £110 juta (RM544.2 juta) bulan lalu, dan sejak itu penyerang berusia 25 tahun itu tidak lagi menjalani latihan atau beraksi bersama Newcastle.
Isak dijangka menjadi pemain kelapan skuad utama yang dibawa masuk Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini, sekali gus memecahkan rekod perpindahan kelab buat kali kedua selepas mendapatkan Florian Wirtz daripada Bayer Leverkusen dengan yuran awal £100 juta (RM494.7 juta).
Perbelanjaan keseluruhan kelab kini mencecah sekitar £416 juta (RM2.05 bilion), meskipun turut kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Luis Diaz, Darwin Nunez dan Trent Alexander-Arnold.
Skuad kendalian Arne Slot, yang menewaskan Arsenal 1-0, awal pagi tadi, untuk mengekalkan rekod sempurna di EPL musim ini, turut dilaporkan memburu pertahanan Crystal Palace dan England, Marc Guehi.
Isak sudah tiba di Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.