Donnarumma bakal sertai Man City
Donnarumma bakal sertai Man City

London: Penjaga gol, Gianluigi Donnarumma bakal berhijrah ke Manchester City pada hari akhir jendela perpindahan selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai 35 juta euro (RM173.3 juta) bersama Paris Saint-Germain (PSG).
Penjaga gol antarabangsa Itali berusia 26 tahun itu sedang mencari kelab baharu selepas PSG memutuskan khidmatnya tidak lagi diperlukan, meskipun dia memainkan peranan penting membantu kelab Perancis itu menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu.
PSG telah menandatangani penjaga gol Lille berusia 23 tahun, Lucas Chevalier, pada musim panas lalu dan jurulatih, Luis Enrique menegaskan pemain Perancis itu akan menjadi pilihan utama musim ini.
Sebelum ini, Donnarumma dikatakan tidak akan menyertai City kecuali penjaga gol utama mereka, Ederson meninggalkan kelab.
Namun, agensi berita PA melaporkan persetujuan kini telah dicapai untuk membolehkan pemain Itali itu berhijrah ke City.
City turut membawa masuk penjaga gol Burnley, James Trafford pada musim panas lalu dan dia sudah beraksi dalam tiga perlawanan EPL setakat ini, namun prestasi penjaga gol England itu kurang meyakinkan.
Donnarumma bakal sertai Man City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.