Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Walau Hanya Showcase

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Satu perkara yang membuatkan ramai termasuk peminat dan pemerhati muzik terus mengagumi sosok Dayang Nurfaizah ialah cara beliau meluncurkan karya dengan penuh elemen ‘jeleketan’ atau kohesi. Setiap hasil seni yang dibawakan tidak pernah dibuat sambil lewa, sebaliknya disusun dengan teliti sehingga membentuk satu karya lengkap yang berjiwa. Album terbaharunya berjudul Janji dengan 13 trek lagu menjadi bukti nyata bahawa Dayang dan pasukannya jarang sekali mengkhianati kerja muzik.

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Jika diletakkan sesuatu tema atau konsep, Dayang akan memastikan ia direalisasikan sehingga benar-benar sampai kepada pendengar dan penonton. Itulah nilai artistry atau kesenian yang semakin jarang diangkat pemuzik tempatan kini. Album Janji misalnya, bukan sekadar terikat pada muzik semata-mata, tetapi juga diikat dengan kohesi dari segi kulit album, persembahan pentas, gaya serta pemilihan rona pakaian yang dipersembahkan Dayang. Semuanya disusun rapi sehingga meluhurkan nilai kesenian seperti yang diidamkan.

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Minggu lalu, penulis sendiri berpeluang menyaksikan magis yang dibawa Dayang menerusi persembahan showcase eksklusif Janji With Dayang (Penang) yang berlangsung di Top View @ The Top, Komtar. Meskipun hanya bersifat showcase dengan ruang kehadiran peminat yang terhad, Dayang tampil penuh bertenaga dan tidak langsung mengecewakan. Setiap bait lagu, penghayatan serta alunan vokalnya sekali lagi membuktikan mengapa beliau terus berdiri sebagai antara penyanyi terbaik tanah air.

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

Janji bukan sekadar sebuah album, tetapi manifestasi dedikasi Dayang terhadap dunia seni yang dicintainya. Kohesi yang ditonjolkan membuktikan bahawa kesenian masih boleh diperjuangkan dengan penuh keindahan, asalkan dilakukan dengan jiwa dan kejujuran.

Dayang Nurfaizah Tetap Bikin Penonton Terpesona Dengan Magis Janji

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker