Villa longlai di laman sendiri
Villa longlai di laman sendiri

Birmingham: Permulaan hambar Aston Villa musim ini berterusan apabila mereka rebah 0-3 kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam kekalahan pertama di laman sendiri dalam semua pertandingan sejak 10 bulan lalu.
Palace jelas berhak membawa pulang tiga mata selepas mendominasi perlawanan sebaik sahaja Jean-Philippe Mateta membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti awal permainan.
Pertahanan England, Marc Guehi yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, menggandakan kedudukan pada minit ke-68 dengan penyudah cantik sebelum Ismaila Sarr melengkapkan kemenangan skuad pelawat.
Ia kemenangan pertama Palace musim ini selepas mencatat dua keputusan seri yang sekali gus mengangkat mereka ke tangga kelapan, manakala Villa yang berada di kedudukan kedua tercorot masih gagal menjaringkan gol dengan hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan awal.
“Setiap perlawanan dia membawa sesuatu yang baharu, dan dia pemain yang hebat. Saya harap dia kekal bersama kami,” kata Mateta mengenai Guehi.
Villa sebelum ini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 19 perlawanan liga di laman sendiri sejak lebih setahun lalu.
Kali terakhir mereka tumbang di Villa Park juga kepada Palace, kekalahan 1-2 dalam aksi Piala Liga Oktober tahun lalu.
Villa longlai di laman sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.