Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Takut Undang Hasad Dengki

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Pelakon Datin Seri Umie Aida tampil memberi peringatan penuh makna kepada kakaknya yang juga pengarah terkenal, Erma Fatima agar lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi dan perniagaan kepada umum. Menurut Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, keterbukaan yang berlebihan boleh mengundang iri hati, cemburu dan hasad dengki daripada orang sekeliling, lebih-lebih lagi dalam kalangan rakan yang bergerak dalam bidang sama.

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Dalam satu hantaran video di Instagram, Umie secara bersahaja menyebut nama kakaknya sambil menitip pesanan agar Erma mengambil iktibar daripada situasi yang berlaku. Katanya, pengalaman membuktikan bahawa berkongsi terlalu banyak perkara terutama berkaitan bisnes hanya akan membuka ruang kepada pihak lain untuk merasa tidak senang lalu mencetuskan perkara yang tidak diingini.

“Pengajaran apabila nak buat sesuatu terutama bisnes, jangan berkongsi dengan sesiapa, apatah lagi kawan-kawan yang sealiran dengan kita. Dari situ boleh wujud rasa iri hati dan cemburu yang akhirnya mendorong perkara di luar jangkaan. Berhati-hati benda itu… Erma, awak kena belajar,” katanya penuh nada tegas namun lembut.

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Pelakon filem Dukun itu turut menegur sikap segelintir pihak yang terlalu ghairah menayang kebahagiaan serta kemesraan di media sosial, sedangkan hakikatnya bukan semua yang melihat berasa senang. Baginya, tindakan itu hanya akan mengundang rasa tidak puas hati serta membuka ruang kepada cercaan dan kata-kata yang tidak indah.

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Umie mengakui berasa sedih dengan apa yang dipercayai menimpa kakaknya, namun tetap memandang dari sudut positif. Katanya, setiap rezeki, kejayaan mahupun kebahagiaan adalah ketentuan Allah dan tidak seharusnya dijadikan bahan tontonan umum yang berlebihan. “Saya sedih mendengar perkara ini, tetapi tak mengapa. Rezeki Allah yang tentukan. Positiflah dan jangan ulangi kesilapan sama, sama ada membabitkan kebahagiaan, ekonomi, kekayaan mahupun kejayaan. Belajarlah untuk tidak berkongsi semua dengan orang yang kita rasa sahabat,” ujarnya penuh makna, seolah-olah menyimpan pesan yang lebih mendalam.

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker