Tang Jie-Ee Wei bukan sekadar menang, tapi ukir sejarah – Tengku Zafrul

Tang Jie-Ee Wei bukan sekadar menang, tapi ukir sejarah – Tengku Zafrul

Tang Jie-Ee Wei bukan sekadar menang, tapi ukir sejarah - Tengku Zafrul
TANG Jie (kiri) dan Ee Wei meraikan kejayaan mereka. FOTO REUTERS

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan kejayaan bersejarah beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris sebagai bukti Malaysia tidak pernah berputus asa dalam memburu kejayaan di pentas antarabangsa.

Beliau menegaskan kemenangan itu bukan sekadar gelaran juara dunia sebaliknya lambang ketabahan, keringat dan pengorbanan yang menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

“Impian kita akhirnya jadi kenyataan. #ChenToh bukan sekadar menang, tapi mereka ukir sejarah dengan keringat dan air mata. Mereka telah buktikan, Malaysia tak pernah putus asa.

“Juara Dunia. Badminton Malaysia kembali mengaum di pentas dunia! Kemenangan ini adalah hadiah terindah, paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan.

Terdahulu, Tang Jie–Ee Wei mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang–Wei Ya Xin dengan kemenangan 21-15, 21-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 40 minit di Adidas Arena.

Kejayaan gemilang itu turut melakar sejarah baharu badminton tanah air apabila Tang Jie–Ee Wei menjadi pasangan Malaysia pertama merangkul gelaran dunia acara beregu campuran.

 

Tang Jie-Ee Wei bukan sekadar menang, tapi ukir sejarah – Tengku Zafrul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker