Slot puji mentaliti Liverpool selepas rekod sempurna awal musim

Slot puji mentaliti Liverpool selepas rekod sempurna awal musim

Slot puji mentaliti Liverpool selepas rekod sempurna awal musim
GOL tunggal Szoboszlai memberikan kemenangan buat Liverpool mengatasi Arsenal. -FOTO Reuters

Liverpool: Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal awal pagi tadi adalah bukti perwatakan mereka yang bekerja keras, kata pengurusnya Arne Slot yang memuji mentaliti pasukan meskipun berdepan kemasukan ramai pemain baharu dan jadual awal musim yang sukar.

Juara bertahan itu memberikan tamparan awal musim di Anfield ke atas Arsenal yang berdepan kekalahan pertama kempen musim ini, dalam perlawanan lebih kepada kerja keras berbanding aksi bergaya hasil sepakan percuma menakjubkan Dominik Szoboszlai pada minit ke-83.

The Reds kini menuju ke rehat antarabangsa dengan rekod sempurna selepas mencatat kemenangan ke atas Bournemouth di laman sendiri, Newcastle United di tempat lawan dan kini Arsenal yang membelanjakan £260 juta (RM1.60 bilion) pada jendela perpindahan lalu dalam usaha menamatkan dominasi Liverpool.

“Saya paling gembira dengan mentaliti pasukan. Kami terpaksa membawa masuk terlalu ramai pemain baharu.

“Dan kemudian anda perlu memulakan musim menentang Bournemouth, kemudian Newcastle di tempat lawan, dan seterusnya bertemu Arsenal di Anfield, yang sememangnya antara tiga atau empat perlawanan paling sukar musim ini tetapi kami sudah lakukan apa yang kami capai sekarang,” kata Slot.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Slot mengakui Liverpool masih belum sempurna namun menegaskan kesungguhan pasukannya.

“Kami bukan sempurna (tetapi) semua pemain mahu bekerja keras untuk memastikan keputusan memihak kepada kami,” katanya.

Slot mengakui nasib memainkan peranan, tetapi percaya ia adalah hasil usaha.

“Saya pernah kata banyak kali, saya fikir Michael Jordan yang berkata, ‘semakin keras saya bekerja, semakin banyak tuah saya dapat’, dan itu sesuatu yang boleh anda katakan tentang pasukan ini.

“Kami sentiasa beri peluang kepada diri sendiri kerana kami bekerja keras,” tambahnya.

Pengurus itu turut memuji pemain antarabangsa Hungary, Szoboszlai yang mengejutkan ramai apabila diturunkan di posisi bek kanan.

“Dia faham bagaimana seorang pemain Liverpool sepatutnya. Jika anda memakai jersi ini, anda perlu berikan segalanya, tidak kira di posisi mana anda bermain.

“Perlawanan yang luar biasa daripadanya di posisi yang mungkin hanya pernah dia mainkan dua atau tiga kali dalam hidupnya,” kata Slot.

Namun, perlawanan itu tidak akan dikenang sebagai klasik kerana kedua-dua pasukan jarang mencipta peluang jelas dan hampir seimbang, kecuali jaringan ajaib Szoboszlai serta sorakan bergema penyokong di Anfield.

 

Slot puji mentaliti Liverpool selepas rekod sempurna awal musim

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker