Piastri takluk GP Belanda, impian Norris berkecai

Piastri takluk GP Belanda, impian Norris berkecai

Piastri takluk GP Belanda, impian Norris berkecai
PIASTRI meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO REUTERS

Zandvoort: Oscar Piastri muncul juara Grand Prix (GP) Belanda, sekali gus mendahului kejuaraan Formula Satu (F1) dengan kelebihan 34 mata selepas pesaing utama yang juga rakan sepasukan di McLaren, Lando Norris gagal menamatkan perlumbaan.

Dalam perlumbaan penuh drama, dengan kedua-dua pelumba Ferrari terbabit dalam insiden kemalangan berasingan, McLaren pada awalnya menuju ke arah rekod lima kemenangan satu dua berturut-turut sebelum Norris mengalami kekecewaan di penghujung saingan.

Selepas memaklumkan dia dapat menghidu bau asap di dalam kokpit, Norris memperlahankan kereta dan terpaksa menarik diri dari kedudukan kedua pada pusingan ke-65 daripada 72 pusingan.

Asap jelas kelihatan keluar dari bahagian belakang jentera Norris yang mengalami masalah itu.

Manakala pelumba rookie Perancis dari Racing Bulls, Isack Hadjar, meraih podium F1 pertama dalam kariernya di tempat ketiga dan meraikannya dengan penuh kegembiraan.

Piastri takluk GP Belanda, impian Norris berkecai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker