Penduduk ketakutan, harimau bintang lari dari zoo belum ditangkap

Penduduk ketakutan, harimau bintang lari dari zoo belum ditangkap

Penduduk ketakutan, harimau bintang lari dari zoo belum ditangkap
HARIMAU bintang ini mula dikesan di pejabat sebuah kampung sebelum dibawa ke Lembang Park & Zoo. – BBKSDA Jabar

JAKARTA – Penduduk yang tinggal berhampiran sebuah zoo di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat resah apabila seekor harimau bintang yang terlepas dari kemudahan itu masih belum ditangkap sehingga kini, lapor laman berita Tribunnews.

Haiwan tersebut melarikan diri dari Lembang Park & Zoo pada Khamis lalu selepas dimasukkan ke dalam kemudahan tersebut dua hari sebelumnya.

Harimau bintang itu pada asalnya ditemukan di pejabat pentadbiran Kampung Kutamandarakan, Kuningan.

Ia kemudian ditangkap dan dimasukkan ke dalam zoo tersebut untuk dipantau.

Bagaimanapun, haiwan tersebut lolos dan masih gagal dikesan sehingga kini.

Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan penduduk setempat yang mengaku hidup dalam keresahan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Seorang penduduk, Dede Hendriana, 32, berkata, dia bimbang mendengar berita itu kerana harimau bintang diketahui amat aktif di waktu malam.

“Haiwan itu sering berkeliaran di waktu malam. Kami bimbang jika harimau bintang itu datang ke rumah,” katanya.

“Kami berharap agar pihak berkaitan dapat menangkapnya dengan segera,” tambah Dede. – AGENSI

 

Penduduk ketakutan, harimau bintang lari dari zoo belum ditangkap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker