Pasangan suami isteri ditemui lemas, bot dinaiki terbalik dipukul ombak

Pasangan suami isteri ditemui lemas, bot dinaiki terbalik dipukul ombak

Pasangan suami isteri ditemui lemas, bot dinaiki terbalik dipukul ombak
Pasangan suami isteri keluar menangkap ikan ditemukan lemas selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik dipukul ombak di perairan Kuala Merchang. – Foto NSTP/ZAID SALIM.

MARANG: Pasangan suami isteri yang dipercayai keluar ke laut untuk menangkap ikan ditemukan lemas selepas bot gentian kaca (fiber) dinaiki terbalik jam 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, pasangan terbabit, Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan Norhasriah Che Osman, 46, dari Kampung Pulau Kerengga, di sini, ditemui nelayan tempatan.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui di perairan Kuala Merchang. Mayat Norhasriah ditemui pada jam 4.30 petang, manakala suaminya, Abdul Rahim ditemui selepas 15 minit kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, bot fiber bersaiz 20 kaki yang dinaiki mangsa dilaporkan terbalik selepas dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, mangsa dikatakan keluar ke laut sekitar jam 7.45 pagi tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Difahamkan, semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan, bot terbabit dipercayai hilang kawalan akibat dipukul ombak kuat sebelum terbalik.

Katanya, keadaan cuaca di perairan Kuala Merchang, di sini, didapati tidak menentu dengan laut bergelora dan angin kencang, sejak Khamis lalu.

“Jadi, polis menasihatkan semua nelayan dan orang awam agar sentiasa mengambil kira ramalan cuaca sebelum turun ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Mayat mangsa sihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Pasangan suami isteri ditemui lemas, bot dinaiki terbalik dipukul ombak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker