Ops Ambang Merdeka: Pasangan dicekup khalwat dihantar ke penjara

Ops Ambang Merdeka: Pasangan dicekup khalwat dihantar ke penjara

Ops Ambang Merdeka: Pasangan dicekup khalwat dihantar ke penjara
Dua lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia ditahan kerana berkhalwat dalam operasi khas ambang merdeka dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan atas pertuduhan melakukan kesalahan berkhalwat. – Foto NSTP/MUHAMMAD DELIMA ATAN.

KUANTAN: Sepasang kekasih terpaksa merengkok di penjara kerana gagal membayar jaminan ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada awal pagi sambutan Hari Kebangsaan.

Tertuduh, Mohd Azlan Hamzah @ Husaini, 43, dan pasangannya warga Indonesia, Susilawati, 31, didakwa berkhalwat dalam bilik, di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang, jam 3.50 pagi ini.

Pasangan terbabit didakwa mengikut Seksyen 32, Enakman Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-dua sekali.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Hairul Fitri Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mohd Fahmi Abdul Jalil menetapkan jamin RM1,500 terhadap setiap seorang tertuduh dan sebutan semula kes pada 25 September depan .


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Bagaimanapun, mereka gagal membayar jamin ditetapkan dan Mohd Azlan dihantar ke Penjara Penor manakala Susilawati ditahan di Penjara Bentong sementara menanti tarikh sebutan semula kes.

Di mahkamah sama juga, seorang lelaki, Mohd Sabri Jusoh, 38, dan pasangan juga warga Indonesia, Yosi Rahmatika, 35, masing-masing didenda RM1,500 dan RM2,000 selepas mengaku salah berkhalwat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik, di sebuah hotel, di Jalan Datuk Lim Hoe Lek, di sini, kira-kira jam 4.25 pagi, hari ini.

Pasangan terbabit juga didakwa mengikut Seksyen 32, Enakman Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Sebelum mahkamah membuat keputusan, pendakwa raya syarie memohon hakim mengenakan hukum setimpal kerana kedua-dua tertuduh mengetahui berkhalwat adalah salah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Hairul Fitri berhujah, pasangan terbabit juga sudah cukup umur dan tahu kesan perbuatan mereka berkhalwat tambahan pula tertuduh wanita, berstatus janda.

Mahkamah menetapkan penjara sebulan jika pasangan terbabit gagal membayar denda.

Mohd Sabri dan pasangannya membayar denda ditetapkan.

Ops Ambang Merdeka: Pasangan dicekup khalwat dihantar ke penjara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker