Leona Tolak Sertai Talk To My Manager

“Orang Akan Gelak Kalau Saya Menyanyi”

Leona Tolak Sertai Talk To My Manager

Leona Tolak Sertai Talk To My Manager

Walaupun program realiti Talk To My Manager baru saja ditayangkan beberapa episod, namun ia sudah mencuri perhatian ramai.

Tak Minat, Bukan Tak Ditawarkan

Ramai netizen menyuarakan harapan untuk melihat lebih ramai anak selebriti, termasuk Kasih Iris Leona, anak pelakon Azhar Sulaiman, menyertai program tersebut.

Namun, dalam satu sesi siaran langsung, Leona mendedahkan bahawa dia sebenarnya telah dirisik untuk menyertai, tetapi menolak tawaran itu.

Saya tak boleh menyanyi dengan baik, dan saya tahu orang akan gelakkan saya kalau saya cuba.

Saya suka cabar diri, tapi untuk kali ini, saya rasa lebih baik tidak.

Malah, Leona turut menolak tawaran untuk menjadi hos program tersebut kerana kurang berminat.

“Kalau Athalia Tua, Saya Apa? Dinosaur?”

Leona Tolak Sertai Talk To My Manager
via Instagram Leona
Lucunya, Leona juga menyentuh isu netizen yang menganggap peserta lain seperti Athalia (anak Sharifah Zarina) terlalu berusia untuk program itu.

Saya lagi tua dari Athalia. Kalau dia tua, saya apa? Dinosaur?

Respon jujur dan selamba Leona membuatkan ramai menyenangi sikapnya yang bersahaja dan tidak mudah terikut-ikut hanya kerana tekanan netizen atau populariti semata-mata.

Fokus Bisnes & Gaya Sendiri

Walaupun tidak terbabit dalam dunia realiti TV, Leona aktif dengan perniagaan kaftannya, Mekna.

Koleksi pertama kaftan Leona pernah habis dijual dalam masa singkat, membuktikan aura serta pengaruhnya dalam dunia fesyen.

Terbaru, Leona mencuri perhatian apabila memakai kaftan tersebut sambil mendaki Menara Merdeka 118 pada 16 Ogos lalu — satu penampilan yang mempamerkan keseimbangan gaya, keselesaan dan keunikan jenamanya.

Walaupun tak masuk TV, nampaknya Leona tetap “show-stopper” di mata peminat.

Leona Tolak Sertai Talk To My Manager

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker