Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Kita dikejutkan dengan berita dari negara jiran Indonesia bagaimana kemarahan rakyat telah menggegarkan pentadbiran negara tersebut.
Pencetus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan elaun bulanan ahli DPR atau wakil rakyat ketika rakyat sendiri terhimpit dengan kos saraan hidup.
@nasirseligi75 Ini la punca rakyat Indonesia mengamuk…! aksi joget anggota DPR AKIBAT tunjangan fantastis anggota DPR, dan selepas itu aksi anggota DPR joget di acara Sidang Tahunan pada Jumaat, 15 Obor 2025 lalu picu demo besar bermula di depan Bangunan DPR Jakarta sebelum merebak ke daerah lain Kemarahan penunjuk perasaan di Jakarta semakin memuncak penunggang penghantar makanan yang dirempuh kenderaan perisai polis ketika tunjuk perasaan pada Khamis 28 Ogos di Jakarta mencetuskan gelombang kemarahan rakyat. Terkini beberapa bangunan DPR dibeberapa daerah dibakar dan balai polis diserang PEDEMO..
Seperti tidak peka dengan penderitaan rakyat, ahli DPR dikatakan berjoget di dalam dewan ketika tuntutan elaun tetap bulanan dan beberapa keistimewaan diluluskan.
Rakyat Indonesia menuntut supaya kenaikan tersebut dibatalkan.
Mereka berkumpul beramai-ramai di hadapan bangunan DPR atau di Malaysia di panggil parlimen.
Keadaan menjadi semakin tegang dengan kejadian kenderaan Polis Brimob melanggar seorang pemandu Gojek, Affan Kurniawan.
Keadaan itu telah memarakkan lagi kemarahan rakyat dan membuatkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Hingga akhirnya, Presiden Prabowo terpaksa umumkan, semua kenaikan elaun bulanan dan beberapa keistimewaan yang dinikmati oleh ahli DPR ditarik balik serta merta.
Apa pengajaran yang boleh diambil oleh ahli politik di Malaysia?
- Jangan terlalu rakus menimbunkan kekayaan dan kesenangan peribadi
- Jangan di pandang remeh keluh kesah rakyat
- Rakyat yang berada di bawah jangan cuba digula-gulakan dengan pelbagai janji manis yang kosong
- Mandat dan kuasa yang rakyat berikan adalah untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat
- Jangan cuba melindungi jenayah atau ketidakadilan yang berlaku dengan kuasa yang ada
Sabar Rakyat Ada Batasannya, Kemarahan Rakyat Tidak Ada Batasannya
Di negara kita sendiri, isu keadilan untuk Allahyarhamah adik Zara Qairina masih lagi ditunggu rakyat.
Benar himpunan rakyat di jalanraya sudah semakin reda.
Tetapi itu tidak bermakna rakyat sudah lupa.
Di dalam hati rakyat, masih lagi mahu melihat keadilan untuk adik Zara Qairina.
Sekiranya penguasa menganggap keredaan tunjuk perasaan di jalanraya sebagai isyarat untuk keadilan boleh dinafikan, ternyata anggapan itu salah.
Jangan sampai apa yang berlaku di Indonesia berlaku di Malaysia.
Kalau diimbas kembali sejarah di Malaysia, masih banyak lagi isu keadilan yang masih belum selesai.
Kes kematian Teoh Beng Hock, kes kematian Allahyarham Mohd Adib, kes keadilan dan ketelusan perbicaraan DS Najib dan beberapa kes yang lain.
Sabar rakyat ada batasannya, tetapi kemarahan rakyat tidak akan ada batasannya.
Sempena hari kemerdekaan negara, bebaskanlah negara tercinta ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.
Bersama-sama kita kembali kepada roh dan semangat perjuangan generasi terdahulu yang memerdekakan negara kita.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 68.
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.