Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah & Tindakan Undang-Undang
“Kau Nak Saman Aku? Silakan”
Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah & Tindakan Undang-Undang
Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar akhirnya tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya yang makin hangat diperkatakan.
Shuk Pilih Berdiam Diri Sebelum Ini

Menurut Shuk, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri demi menyelesaikan isu secara tertutup dan baik.
Namun, situasi semakin tegang apabila pelbagai tuduhan dan gelaran tidak wajar mula dilemparkan terhadap ahli keluarganya, termasuk ibu bapa dan anak-anak.
Shuk juga menegaskan bahawa isu berkenaan pengesahan pernikahan serta status perceraian masih belum diputuskan oleh mahkamah.
Oleh itu, dia meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang andaian, kenyataan atau spekulasi terhadap perkara yang masih dalam siasatan perundangan
Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak melampaui batas.
Fara Tampil Balas Kenyataan

Fara berkata, dia sudah cuba menyelesaikan secara baik, namun Shuk tidak memberi kerjasama termasuk gagal hadir ke mahkamah pada 10 Julai lalu untuk prosiding pertama mereka.
Fara turut mempertikaikan kenyataan Shuk yang didakwa sebagai fitnah dan mencabar Shuk untuk membuktikan bahagian mana yang tidak benar.
Dia juga menegaskan, sebagai ibu, dia akan terus memperjuangkan hak anak mereka, Elaine Nada, sehingga ke penghujungnya.
Isu Pengesahan Penting Untuk Masa Depan Anak
Fara turut menekankan bahawa pengesahan pernikahan dan penceraian sangat penting, terutamanya dalam urusan rasmi seperti pendaftaran kelahiran anak mereka yang dilahirkan pada 26 Jun 2025.
Menurutnya lagi, apa yang dilakukannya kini bukan bertujuan memburukkan sesiapa, sebaliknya untuk mendapatkan keadilan sebagai ibu dan isteri yang pernah dikhianati.
Fara menamatkan kenyataannya dengan mesej pedih yang menyentuh hati.
Kau nak saman aku? Silakan… buat! pada satu hari nanti, Nada akan cakap pada kau ‘You’re my enemy since the day you attack my mom.’”
Isu ini jelas masih jauh dari penamat dan umum kini menantikan keputusan rasmi dari pihak mahkamah.
Fara Tempelak Shuk Sahar Isu Fitnah & Tindakan Undang-Undang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.