Empat maut pikap terbabas rempuh pokok di SKVE

Empat maut pikap terbabas rempuh pokok di SKVE

Empat maut pikap terbabas rempuh pokok di SKVE
Tiga mangsa tersepit dalam kenderaan, seorang lagi tercampak keluar akibat impak kuat pelanggaran. – Foto ihsan bomba

SHAH ALAM: Empat lelaki maut selepas pikap dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat Kuala Langat, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kesemua mangsa berusia 40-an itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 2.21 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah pikap jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok.

“Terdapat empat mangsa dengan seorang daripada mereka tercampak keluar, manakala tiga lagi tersepit dalam kenderaan.

“Anggota bomba melakukan operasi bagi mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan petugas kesihatan mengesahkan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Empat lelaki maut selepas pikap dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker