Duda warga emas bersama janda ditahan di bilik hotel
Duda warga emas bersama janda ditahan di bilik hotel

MELAKA: Duda berusia 65 tahun dan janda 49 tahun antara lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka awal pagi semalam.
Pasangan itu bersekedudukan dalam bilik sebuah hotel.
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata lelaki warga emas itu sanggup datang dari Segamat, Johor demi bertemu pasangannya yang berniaga kedai makan di negeri ini.
Menurutnya, hasil soal siasat lelaki itu memberikan alasan datang menziarahi ibu pasangannya yang sakit sebelum mereka ke pusat bandar menyaksikan pertunjukan bunga api pada sambutan Hari Kebangsaan.
“Mereka mengakui mendaftar masuk hotel untuk berehat selepas kepenatan menyambut ambang merdeka dan berhasrat menonton perbarisan keesokannya (31 Ogos).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kedua-duanya merayu supaya tidak diambil tindakan kerana malu jika diketahui anak-anak yang telah dewasa,” katanya dalam kenyataan.
Rahmad berkata, operasi dilakukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui Bahagian Penguatkuasaan bermula 12.30 pagi hingga 5 pagi itu turut menahan pasangan kekasih warga Indonesia berusia 25 dan 27 tahun.
Katanya, pasangan yang masih bujang itu masing-masing bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Muar, Johor dan di Batu Berendam, di sini.
“Lelaki itu datang ke Melaka sempena cuti hujung minggu dan menginap di hotel untuk melepaskan rindu bersama kekasihnya kerana mereka jarang dapat berjumpa atas faktor lokasi berjauhan dan kesibukan bekerja,” katanya.
Beliau berkata, keseluruhannya 16 individu berusia 25 hingga 65 tahun ditahan membabitkan lima warga tempatan dan 11 bukan warga negara kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurutnya, operasi dilaksanakan bertujuan untuk membendung gejala sosial dan maksiat seperti kes kehamilan dan kelahiran anak luar nikah yang semakin membimbangkan.
“Mereka ini ada yang bekerja sendiri, berniaga makanan, tukang cuci, operator pengeluaran kilang, pembantu kedai perabot, pegawai ladang dan kerani syarikat swasta.
“Tindakan diambil mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya,” katanya memaklumkan semua pasangan dilepaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan.
Duda warga emas bersama janda ditahan di bilik hotel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.