Dua suspek bom rumah kedai di Ipoh diburu
Dua suspek bom rumah kedai di Ipoh diburu

IPOH: Polis giat mengesan dua lelaki disyaki mengebom sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di sini awal pagi semalam.
Letupan itu menyebabkan dua kedai rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata maklumat kejadian jam 4.58 pagi semalam itu diterima daripada seorang wanita berusia 43 tahun.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis menunjukkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal meletakkan satu objek dipercayai bahan letupan di hadapan premis itu sebelum beredar.
Katanya, pemeriksaan awal oleh Unit Post Blast Investigation (PBI) dan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesahkan kejadian berpunca daripada penggunaan bahan letupan jenis low explosive (letupan tahap rendah).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Letupan itu menyebabkan kerosakan pada pintu ‘roller shutter’ (pintu pengatup bergulung) dan lantai hadapan premis berkenaan, manakala sebuah kedai bersebelahan turut mengalami kerosakan kecil pada papan tanda dan dinding.
“Bahan letupan yang digunakan adalah jenis low explosive (pyrotechnic flash bang grenade stun – bom tangan pengkaku deria), di mana bahan letupan ini bukan bertujuan mencederakan atau membunuh, namun digunakan untuk menakut-nakutkan serta menyebabkan kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan serta Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.
Dua suspek bom rumah kedai di Ipoh diburu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.