Dua kekalahan berturut-turut, Guardiola gesa bangkit

Dua kekalahan berturut-turut, Guardiola gesa bangkit

Dua kekalahan berturut-turut, Guardiola gesa bangkit
GUARDIOLA akui City hilang rentak selepas ditewaskan Brighton. -FOTO Reuters

Brighton: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terkilan dengan aksi longlai pemainya pada separuh masa kedua selepas menguasai permainan sejam pertama sebelum tumbang 1-2 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

City mendahului pada babak pertama menerusi jaringan Erling Haaland pada penampilan ke-100 dalam EPL dan kelihatan selesa mengawal perlawanan selama 60 minit, namun penalti James Milner menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Ketika intensiti Brighton semakin meningkat, City gagal mengekang pergerakan lawan dan akhirnya dibolosi sekali lagi hasil jaringan individu cantik Brajan Gruda pada penghujung permainan.

“Kami bolos dan selepas itu momentum berubah. Sebelum itu, kami bermain dengan baik, mencipta peluang dan pasukan kelihatan agresif serta dinamik.

“Kami bermain baik selama sejam, tetapi baki 30 minit terakhir kami tidak bagus. Kami lupa untuk bermain hantaran pendek, hanya bermain bola jauh dan itu tidak cukup bagus. Itulah hakikatnya,” kata Guardiola

Guardiola menurunkan pemain tengah, Rodri selama 90 minit penuh tetapi mengakui perubahan besar dalam skuad sejak musim lalu menyebabkan tempoh adaptasi diperlukan.

“Kami ada skuad yang sangat baik, dan sudah tentu banyak perkara berubah dari sebelum ini ke sekarang, itu normal. Kami perlukan pemain baharu menyesuaikan diri dan pemain lama membantu mereka untuk serasi.

“Rodri beraksi dengan cemerlang dan dia seorang watak hebat. Saya gembira dia bermain 90 minit,” kata jurulatih Sepanyol itu.

City kini berdepan dua kekalahan berturut-turut selepas tewas kepada Tottenham Hotspur dalam aksi liga sebelum ini, namun Guardiola menegaskan perebutan gelaran masih jauh.

“Musim baru sahaja bermula. Masih panjang perjalanan musim ini. Kita lihat apa yang akan berlaku,” katanya.

Selepas rehat antarabangsa, City akan menanti kunjungan seteru setempat, Manchester United sebelum bertandang ke Arsenal.

Dua kekalahan berturut-turut, Guardiola gesa bangkit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker