Bersama hingga akhir hayat

Bersama hingga akhir hayat

Bersama hingga akhir hayat
Ahli keluarga dan sanak saudara pasangan suami isteri, Abdul Rahim Mustaffa dan Norhasriah Che Osman (gambar kecil) yang lemas selepas bot gentian kaca dinaiki mereka ketika keluar menangkap ikan terbalik di perairan pantai Merchang. – Foto NSTP/ZAID SALIM

MARANG: “Mereka bersama hingga ke akhir hayat.” Itu luahan Muhammad Haziq Adha Abdul Rahim, 19, anak pasangan suami isteri yang ditemukan lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Merchang, semalam.

Mangsa, Abdul Rahim Mustaffa, 47, dan isterinya Norhasriah Che Osman, 46, dari Kampung Pulau Kerengga, dilaporkan keluar ke laut untuk menangkap ikan sebelum bot gentian kaca yang mereka naiki ditemui terbalik kira-kira jam 3.30 petang oleh nelayan.

Menurut Muhammad Haziq, dia tidak menyangka kasih sayang kedua ibu bapanya yang begitu erat membawa mereka ‘pergi’ bersama buat selama-lamanya.

“Arwah mak dan ayah memang sentiasa bersama ke mana sahaja termasuk ke laut untuk menangkap ikan. Mereka sangat rapat.

“Saya tidak sangka pemergian mereka juga serentak. Hari ini mereka benar-benar pergi bersama selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Muhammad Haziq berkata, kehilangan mengejut kedua ibu bapa memberi tamparan hebat kepada dia dan lima adik-beradiknya yang kini bergelar yatim piatu.

Adik beradik lain, Nur Nadhirah, 26, seorang guru di PASTI Serating; Muhammad Aniq Arsyad, 24, anggota TLDM di Lumut; Nur Nabilah, 23, kakitangan TNB di Selangor; Nur Najihah, 16; dan Nur Nazirah, 15.

“Kami adik-beradik memang sangat rapat dengan arwah mak dan ayah. Mereka sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat anak-anak.

“Kehilangan ini benar-benar merubah hidup kami sekelip mata, tapi saya reda kerana ini semua ketentuan Allah,” katanya sebak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Muhammad Haziq yang bekerja di sebuah pasar mini di Merchang berkata, beliau tidak mengetahui ibu bapanya keluar ke laut semalam dan hanya dimaklumkan kepada adiknya, Nur Najihah, sebelum mereka meninggalkan rumah sekitar jam 7.45 pagi.

Katanya, sekitar jam 3 petang, beliau menerima panggilan daripada rakan bapanya memaklumkan sebuah bot dipercayai milik arwah ditemui terbalik di laut.

“Saya terus ke jeti nelayan Merchang, namun bot itu tiada di situ dan hati saya mula rasa tidak sedap, bimbang sesuatu buruk berlaku.

“Memang mereka tidak tunjukkan apa-apa perubahan sikap, tapi sejak kebelakangan ini, kucing kesayangan kami, Puyeng, kerap ke bilik arwah mak dan ayah setiap malam, sesuatu yang sangat luar biasa,” katanya.

Menurutnya, kucing betina itu sangat manja dengan kedua orang tuanya dan kebiasaannya tidur bersamanya setiap malam.

“Saya tidak fikir apa-apa sehinggalah kejadian ini berlaku. Barulah saya sedar, seolah-olah Puyeng tahu mereka akan ‘pergi’,” katanya.

Dalam kejadian semalam, pasangan berkenaan ditemukan lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Merchang.

Mayat Norhasriah ditemukan kira-kira jam 4.30 petang, manakala Abdul Rahim ditemukan 15 minit kemudian oleh pasukan mencari dan menyelamat bersama nelayan tempatan.

Bersama hingga akhir hayat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker