Belum rezeki Pearly-Thinaah bergelar juara dunia

Belum rezeki Pearly-Thinaah bergelar juara dunia

Belum rezeki Pearly-Thinaah bergelar juara dunia
REAKSI Pearly (kiri) dan Thinaah pada aksi final, hari ini. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Hasrat untuk melihat lagu Negaraku berkumandang kali kedua di bumi Perancis tidak kesampaian selepas beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas kepada pasangan China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Adidas Arena, Paris hari ini, Pearly Tan-Thinaah turun dengan misi mencipta kejutan ke atas Liu Sheng Shu-Tan Ning serta menamatkan deretan badi kekalahan sebelum ini, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila mereka terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set 14-21, 22-20, 17-21 dalam masa 1 jam 23 minit.

Di set pertama, pilihan utama kejohanan yang juga beregu nombor satu dunia, Sheng Shu-Tan Ning dilihat begitu garang dan tidak memberi belas kasihan apabila setiap kesilapan yang dilakukan oleh wakil negara dihukum dengan ‘smash’ bertenaga.

Corak permainan agresif serta kepantasan mengambil peluang itu membolehkan mereka terus mengutip mata demi mata untuk mendahului sehingga memperoleh mata kemenangan dan membawa kelebihan di set seterusnya.

Menyedari perancangan yang tidak menjadi pada awal perlawanan, Pearly-Thinaah memperkemaskan semula corak permainan di set kedua dan mereka dilihat lebih baik serta meyakinkan selain tidak banyak kesilapan dilakukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Juara Terbuka Thailand itu terus mengatur beberapa pukulan yang lebih kemas termasuk bola ‘drop’ di depan jaring dan strategi yang disusun menjadi apabila mereka mendahului di pertengahan permainan.

Biarpun wakil China itu cuba mengejar, Pearly-Thinaah memastikan perlawanan diheret ke set ketiga.

Dalam misi hidup mati, Pearly-Thinaah cuba meneruskan momentum yang dicipta namun beberapa kesilapan tidak sepatutnya berlaku dan itu membuatkan Sheng Shu-Tan Ning tidak membenarkan skrip sama berulang. Mereka terus menekan wakil negara sebelum mengesahkan kemenangan untuk kejuaraan sulung buat gandingan China ini.

Meskipun tewas, pujian tetap harus diberikan kerana mempamerkan semangat juang cukup tinggi. Malah, mereka turut mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi beregu wanita pertama dari Malaysia menyumbang pingat perak dan beraksi di final Kejohanan Dunia.

Untuk rekod, kemenangan itu membolehkan beregu China itu terus menjarakkan rekod pertemuan 10-3, dan kali terakhir Pearly-Thinaah menang ke atas Sheng Shu-Tan Ning adalah di Terbuka Hong Kong pada September 2024.

Belum rezeki Pearly-Thinaah bergelar juara dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker