Ular sawa 80kg jatuh dari siling bilik
Ular sawa 80kg jatuh dari siling bilik

KUANTAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Kempadang, di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa seberat lebih 80 kilogram (kg) jatuh dari siling bilik kediaman itu.
Penghuni rumah, Mazlan Zakaria, 67, berkata pada mulanya dia terdengar bunyi runtuhan dan mendapati ia akibat siling di bilik anak perempuannya yang jatuh.
Seketika kemudian, pesara itu terdengar bunyi runtuhan kedua lalu ke bilik berkenaan sebelum terlihat ular sawa dengan panjang dianggarkan 10 meter (m) berada di atas katil bersama sisa runtuhan siling.
“Kebelakangan ini memang terdapat bunyi di atas bumbung, saya ingat tikus atau anak musang yang berlari pada waktu malam dan hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran ular yang sangat besar dari siling bumbung rumah.
“Kami segera buat panggilan 999 untuk minta bantuan sebelum pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang mengeluarkan ular berkenaan dari rumah,” katanya ketika ditemui.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Sementara itu, anak perempuan Mazlan yang hanya ingin dikenali sebagai Wani, 20, berkata sekitar dua tahun lalu, rumah berkenaan pernah ‘dikunjungi’ reptilia sama.
“Ketika itu ular hanya berada di laman rumah, tak sempat masuk dan ditangkap, tetapi hari ini seekor lagi berada di atas siling bilik. Mujur ketika kejadian saya berada di luar bilik,” katanya.
Pegawai APM Daerah Kuantan, Mejar (PA) Zahidi Zainudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.53 pagi tadi sebelum 10 anggota dan dua pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
Zahidi berkata operasi mengeluarkan ular sawa dari rumah berkenaan mengambil masa kira-kira 45 minit berikutan saiz reptilia itu yang besar dan panjang.
“Ular itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya
Ular sawa 80kg jatuh dari siling bilik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.