Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang, doktor buat laporan polis
Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang, doktor buat laporan polis

KOTA BHARU: Pihak polis menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan seorang wanita berstatus isteri orang yang didakwa curang dan ada hubungan dengan seorang doktor.
Video itu dirakam oleh suami wanita itu yang mendakwa isterinya yang mempunyai dua anak berlaku curang.
Susulan itu, doktor yang bertugas di pusat perubatan swasta membuat laporan polis kira-kira jam 6.27 petang, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud pengadu bertugas sebagai doktor perubatan di hospital swasta di Kota Bharu.
“Kes diklasifikasikan rujuk lain agensi (RLA),” katanya menerusi satu kenyataan media malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Terdahulu, media melaporkan, tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menerjah dan merakam detik-detik isterinya curang bersama doktor berstatus suami orang sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian, lelaki itu tidak pernah menyangka individu yang paling disayanginya sanggup berpaling tadah kepada lelaki lain walaupun sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, punca permasalahan bukan disebabkan miskin, gaduh, tidak meluangkan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya gara-gara terma ‘office wife’.
“Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi sanggup curang. Selepas 10 tahun berkahwin rumah tangga saya musnah,” katanya.
Tular video lelaki ada hubungan dengan isteri orang, doktor buat laporan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
You must be logged in to post a comment.