Rumah warga emas rosak teruk dihempap pokok
Rumah warga emas rosak teruk dihempap pokok

KUALA TERENGGANU: Ribut berserta hujan batu mengakibatkan warga emas kerugian ribuan ringgit apabila sebahagian rumah mengalami kerosakan teruk dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Kebor Air, Manir, di sini, jam 2.30 petang tadi.
Ismail Embong, 79, berkata, kejadian yang berlaku sangat menakutkan menyebabkan dia bersama adik perempuan, Lijah, 72, yang ketika berada di luar rumah segera masuk ke rumah untuk menyelamatkan diri.
“Masa tu saya dengan adik berada di luar rumah sambil bersembang dengan jiran sebelum dikejutkan dengan ribut yang datang dengan hujan batu.
“Ketika berada di dapur, tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat di bahagian beranda rumah dan mendapati sebatang pokok mempelam tumbang. Mujur kami tidak berada di situ ketika itu,” katanya.
Menurutnya, rumah berkenaan yang didiami bersama seorang lagi adiknya, Mamat, 75, dibina hasil keringat sendiri menggunakan sepenuhnya kayu Chengal kira–kira lebih 50 tahun lalu.
Ismail berkata, selain kerosakan struktur rumah, kira-kira 30 keping atap rosak dan ada yang diterbangkan angin.
“Saya berharap ada pihak yang sudi datang dan menghulurkan bantuan bagi membina semula bahagian rumah mengalami kerosakan teruk,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Sharifah Dayang Zubaidah Syed Mohamad, 35, berkata, kejadian selama kira-kira 15 minit itu menyebabkan kira-kira 20 rumah mengalami kerosakan manakala puluhan atap berterbangan selain ada beberapa batang pokok tumbang.
Katanya, sebelum kejadian cuaca seperti biasa sebelum penduduk dikejutkan dengan bunyi angin yang menakutkan dan hujan batu diringi guruh dan petir.
“Dalam pukul 2 lebih (petang), tiba-tiba keadaan jadi gelap dan hujan bersekali dengan angin, hujan batu…. memang lebat dalam 15 minit kemudian pokok tumbang dan atap berterbangan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Seorang lagi mangsa, Zabidah Omar, 65, berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai pencuci bangunan di sebuah jabatan kerajaan, di sini, mendakwa terkejut selepas menerima panggilan daripada anaknya memberitahu atap rumah diterbangkan angin.
Katanya, berikutan dia segera pulang ke rumah dan mendapati keadaan dalam rumah dipenuhi air manakala terdapat serpihan atap yang pecah bertaburan di tanah.
“Ini kejadian kali kedua berlaku di kampung ini selepas kejadian pertama kira-kira lima tahun lalu,” katanya.
Rumah warga emas rosak teruk dihempap pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.