Rahmah hilang selepas 2 minggu ke Kedah

Rahmah hilang selepas 2 minggu ke Kedah

Rahmah hilang selepas 2 minggu ke Kedah
Rahmah Muhamad, 60, dari Perumahan Pantai Permai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur gagal dikesan selepas memberitahu mahu ke Kedah, 13 Ogos lalu. – Foto ihsan keluarga

ALOR SETAR: “Sudah puas saya hubungi mak cik sejak dia ke Kedah 13 Ogos lalu, tapi sampai sekarang gagal, malah kiriman WhatsApp yang dihantar juga hanya tinggal satu tick dan tidak dibaca, ” kata Sofia Zaireen Shahrizman, 28.

Berikutan itu, katanya, dia risau dengan keselamatan ibu saudaranya, Rahmah Muhamad, 60, yang kali terakhir berjaya dikesan adalah di Kangar, Perlis.

Sofia Zaireen berkata, Rahmah yang masih bujang dan menetap di Perumahan Pantai Permai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, memberitahu mahu menyertai program kemasyarakatan di Kedah yang dijadualkan bermula 13 Ogos lalu, namun tiga hari kemudian wanita itu dilaporkan hilang.

“Mak cik selalu ikut kumpulan yang sertai program kemasyarakatan sejak bersara sebagai pekerja swasta pada Januari lalu. Saya ada bertanyakan dia hendak ke mana, tapi dia hanya beritahu ikut trip dengan kawan-kawan ke Kedah.

“Saya cuma risau dia ditipu scammer kerana sampai sekarang saya gagal mengesannya. Kami edar poster maklumat dirinya, termasuk tularkan di media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sofia Zaireen berkata, dia sudah membuat laporan berhubung kehilangan Rahmah di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur dan berharap sesiapa mempunyai maklumat mengenai ibu saudaranya menghubungi talian 013-6188306 atau 016-6011159.

Rahmah hilang selepas 2 minggu ke Kedah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker