Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh

Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh

Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh
Anggota polis forensik menjalankan kerja-kerja siasatan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki di sebuah lorong berhampiran Jalan Horley, hari ini. – Foto NSTP/L.MANIMARAN

IPOH: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terbabit dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan Horley dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya mengenal pasti pemilik dan pemandu sebuah lori bonded atau tertutup yang terbabit dengan kes itu.

“Kejadian disedari kira-kira 6 pagi tadi apabila seorang pekerja hotel memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan seorang lelaki yang lengkap berpakaian terbaring di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang badan, namun tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan pada rakaman litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek pada 4.24 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Abang Zainal Abidin berkata, mangsa kemudiannya jatuh di hadapan kenderaan itu sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan dada akibat perlanggaran jalan raya.

Menurut Abang Zainal Abidin, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Mahani Mohammed di talian 019-261 8221 atau hadir ke balai polis berdekatan,” katanya.

Polis kesan suspek terbabit kes bunuh di Ipoh

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker