Dua warga asing maut, lima cedera dalam kebakaran rumah
Dua warga asing maut, lima cedera dalam kebakaran rumah

PONTIAN: Dua lelaki warga Thailand maut, manakala lima mangsa lain cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kekal setingkat di Batu 36, Jalan Pontian di sini, pagi tadi.
Komander Operasi Kanan, Mahadir Mamat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, rumah berkeluasan 20 X 40 kaki berkenaan musnah kira-kira 80 peratus.
Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi sebelum jentera tiba di lokasi tiga minit kemudian.
Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Masabuding, 37, dan Nasri, 31, kedua-duanya warga Thailand.
“Ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, tujuh penghuni berada di dalam rumah ketika dua mangsa disahkan maut, seorang cedera parah, tiga cedera ringan manakala seorang lagi selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mahadir berkata, seorang mangsa yang maut ditemui berhampiran tingkap sebuah bilik manakala seorang lagi di bawah runtuhan bumbung.
“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan parah dengan 40 peratus badannya melecur, manakala tiga lagi lelaki cedera ringan dan seorang lelaki disahkah selamat,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.16 pagi.
“PKO turut mengeluarkan empat mangsa cedera sebelum dihantar ke Hospital Pontian menggunakan jentera EMRS,” katanya.
Operasi disertai 15 anggota bomba dari BBP Pontian Baru dengan bantuan BBP Pekan Nenas bersama dua jentera FRT dan sebuah EMRS.
Dua warga asing maut, lima cedera dalam kebakaran rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.