‘Dia takut tinggal seorang, mak ayah balik kampung… saya teman’ – Alasan ditangkap khalwat

 

'Dia takut tinggal seorang, mak ayah balik kampung... saya teman' - Alasan ditangkap khalwat
JAINJ tahan pasangan berusia 20-an bukan mahram di sebuah rumah pada awal pagi tadi. – Foto JAINJ

JOHOR BAHRU: “Dia takut tinggal seorang diri, saya datang teman.”

Seorang lelaki memberi alasan itu selepas ditahan bersama pasangannya di rumah keluarga wanita terbabit di Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ketika serbuan jam 2.15 pagi.

JAINJ berkata, wanita terbabit dipercayai mengambil kesempatan mengajak teman lelaki datang ke rumah ketika ibu bapanya pulang ke kampung atas urusan keluarga.

“Wanita terbabit mendakwa biasanya ditemani rakan perempuan namun tidak dapat hadir pada malam itu.

“Dia mendakwa takut tinggal berseorangan kerana kawasan perumahan itu sering diperhatikan warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

JAINJ menegaskan, alasan ‘menemani’ sukar diterima sekarang berbanding zaman 1970-an ketika liputan bekalan elektrik belum meluas.

“Jiran pun tak jauh dengan rumah kalau kata nak jaga keselamatan.

“Apa pun alasannya, mereka bukan suami isteri dan bukan mahram dalam sebuah rumah, maka kesalahan itu jelas untuk dibuktikan.

“Pasangan ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Johor Bahru yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

‘Dia takut tinggal seorang, mak ayah balik kampung… saya teman’ – Alasan ditangkap khalwat

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker