Belalai air muncul di pinggir bandar Hanoi

Belalai air muncul di pinggir bandar Hanoi

Belalai air muncul di pinggir bandar Hanoi
Belalai air melanda pinggir bandar raya Hanoi. – Foto Tangkap Layar/VnExpress/Nguyen Linh/ Quynh Xu

HANOI – Satu fenomena belalai air muncul secara tiba-tiba di kawasan pinggir bandar raya Hanoi pada petang semalam, lapor laman berita VnExpress.

Ia merosakkan deretan kedai di sepanjang jalan, merobohkan papan tanda serta memecahkan cermin kereta, manakala penduduk yang terkejut hanya mampu menyaksikan kejadian itu.

Awan berbentuk corong itu muncul sekitar pukul 1.55 tengah hari (waktu tempatan) berhampiran Jambatan Nhat Tan di Komun Me Linh sebelum melanda kawasan perumahan.

Nguyen Linh, yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran mengingatkan kembali bagaimana angin kencang bertiup dengan ranting pokok dan papan tanda kedai tercampak ke jalan.

“Ia hanya berlaku selama dua minit, tetapi banyak kedai sepanjang lebih 100 meter rosak,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Beberapa restoran kehilangan papan tanda mereka, manakala tiupan kuat menjatuhkan almari yang penuh dengan pinggan mangkuk.

Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan turut dihempap ranting pokok yang terbang, menyebabkan cermin depannya pecah.

Penduduk kemudian menyedari bahawa mereka menyaksikan fenomena pusaran air.

Bandar raya Hanoi sebelum ini dilanda hujan lebat berterusan selepas Taufan Kajiki melintasi utara Vietnam. – AGENSI

Belalai air muncul di pinggir bandar Hanoi

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker