Yusoff, KJ dan Farhash calon pilihan ganti Joehari di FAM
Yusoff, KJ dan Farhash calon pilihan ganti Joehari di FAM

Kuala Lumpur: Tiga nama dilihat berpotensi mengisi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas kerusi dikosongkan ekoran peletakan jawatan oleh Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.
Antara tokoh sesuai adalah ‘orang lama’ dalam badan induk bola sepak negara, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang dilihat cukup berpengalaman apabila beliau sudah memegang jawatan Timbalan Presiden FAM sejak 2017.
Malah, Yusoff turut menerajui pelbagai jawatan termasuk Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL); Pengurus skuad Harimau Malaya, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan; Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka dan banyak lagi.
Selain itu, bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga mantan Timbalan Presiden FAM dari 2007-2010, Khairy Jamaluddin dilihat calon hangat mengisi posisi nombor satu itu.
Hubungan erat Khairy bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal memberi kelebihan kepadanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu kini memikul tanggungjawab sebagai Penasihat Belia Johor serta sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Antara individu lain adalah ahli perniagaan terkemuka, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dikatakan memiliki keupayaan menjana sumber kewangan yang besar buat FAM sekiranya diberi peluang memimpin badan induk itu.
Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, tokoh sesuai perlulah memenuhi beberapa kriteria terutama dalam aspek pengurusan kewangan dan jaringan hubungan politik erat dengan pemerintah.
Jelas pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu lagi, Farhash adalah calon ‘segar’ yang boleh dipertimbangkan selain dua tokoh lama membabitkan Yusoff dan Khairy.
“Untuk memilih presiden (FAM), seseorang itu bukan hanya minat, tetapi kemampuan membawa masuk duit kepada bola sepak.
“Dalam hal ini, saya fikir Farhash ada keupayaan itu. Beliau memiliki hubungan baik dengan pemerintah selain baik dengan taikun perniagaan dalam negara ini seperti (Tan Sri) Vincent Tan dan lain-lain.
“Yusoff juga calon baik, begitu juga Khairy (KJ). Mungkin orang akan kata zaman mereka sudah berlalu, tetapi pengalaman mereka cukup mahal dalam usaha membawa perubahan kepada bola sepak negara,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Semalam, Arena Metro melaporkan Joehari sudah menyerahkan surat peletakan jawatan pada Jumaat lalu, malah dikhabarkan bilik Presiden sudah dikosongkan mulai minggu ini.
Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bagi membincangkan dan mengesahkan surat peletakan jawatan berkenaan.
Terdahulu, Joehari dilantik mengisi kerusi panas itu selepas menang tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan FAM untuk penggal 2025-2029 yang diadakan pada Februari lalu.
Beliau yang sebelum ini Naib Presiden adalah presiden FAM kelapan dan individu pertama dari Sabah yang menerajui badan induk bola sepak negara itu bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Yusoff dijangka memikul sementara jawatan Presiden selaku pemangku sebelum satu kongres pemilihan diadakan semula.
Ironinya, Yusoff sebelum ini pernah memangku jawatan Presiden pada 2018 selepas Tunku Mahkota Ismail melepaskan jawatan.
Yusoff, KJ dan Farhash calon pilihan ganti Joehari di FAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.