Wolves tambah derita West Ham
Wolves tambah derita West Ham

London: Pemain yang menjadi sasaran Newcastle, Jorgen Strand Larsen menjaringkan gol untuk membantu Wolves menewaskan West Ham 3-2 dalam saingan Piala Liga, awal pagi tadi.
Manakala Leeds dan Sunderland dari Liga Perdana Inggeris (EPL) tersingkir selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada pasukan dari liga bawahan.
Wolves dilaporkan sudah menolak bidaan bernilai £50 juta (RM284.1 juta) daripada Magpies untuk mendapatkan Larsen, yang mungkin menjadi pengganti kepada Alexander Isak.
Pemain Norway itu hanya dimasukkan 17 minit sebelum tamat perlawanan selepas Vitor Pereira membuat lapan pertukaran susulan kekalahan dalam dua perlawanan pembukaan EPL.
Larsen menghasilkan dua penyudah tajam dalam tempoh tiga minit untuk mengubah keputusan di Molineux, sekali gus menambah tekanan terhadap pengurus West Ham, Graham Potter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
West Ham, yang sudah melepaskan lapan gol dalam dua kekalahan awal EPL, masih belum meraih kemenangan musim ini.
Leeds pula sudah membelanjakan hampir £100 juta (RM568.3 juta) untuk pemain baharu selepas kembali ke EPL, manakala penyokong Sheffield Wednesday bimbang dengan situasi kelab kerana gaji pemain dan kakitangan sering dibayar lewat.
Penyokong tuan rumah turut digesa supaya tidak hadir sebagai tanda protes terhadap pemilik kelab, Dejphon Chansiri.
Namun, Sheffield Wednesday yang meraikan kemenangan di Hillsborough selepas Leeds gagal menyempurnakan ketiga-tiga sepakan penalti mereka selepas terikat 1-1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Sunderland turut dimalukan oleh pasukan Liga Satu, Huddersfield, menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1.
Brentford pula memenangi pertemuan sesama pasukan EPL dengan menewaskan Bournemouth 2-0 hasil jaringan Fabio Carvalho dan Igor Thiago.
Burnley memerlukan jaringan masa kecederaan daripada Oliver Sonne untuk menewaskan Derby dari divisyen dua dengan keputusan 2-1.
Wolves tambah derita West Ham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.