Wanita cedera kereta rempuh gajah di Jalan Mersing-Endau
Wanita cedera kereta rempuh gajah di Jalan Mersing-Endau

MERSING: Seorang wanita cedera selepas kereta Toyota Vios dipandunya melanggar seekor gajah yang sedang melintas di Kilometer 12 Jalan Mersing-Endau malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata dalam kejadian pada jam 10.40 malam, wanita warga tempatan berusia 47 tahun itu sedang memandu kereta dari arah Mersing menuju Endau sebelum terlanggar gajah berkenaan.
“Pemandu terbabit cuba membrek namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan keretanya melanggar gajah berkenaan. Mangsa mengalami kecederaan serta menerima rawatan di Hospital Mersing sebagai pesakit luar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan termasuk bampar pecah.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, berkata gajah berkenaan tidak mati dan berjaya masuk semula ke kawasan hutan selepas kejadian.
“Laluan berkenaan sememangnya kawasan lintasan gajah kerana berhampiran habitat asalnya di Hutan Simpan Gunung Arong. Pasukan Perhilitan telah dihantar untuk memantau kawasan berkenaan dan mengesan pergerakan gajah itu,” katanya.
Wanita cedera kereta rempuh gajah di Jalan Mersing-Endau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.