Turner takluk peringkat ke-4, Gaudu rampas kedudukan pendahulu
Turner takluk peringkat ke-4, Gaudu rampas kedudukan pendahulu

Voiron: Pelumba Britain, Ben Turner memenangi peringkat keempat Vuelta a Espana mengatasi pelumba Belgium, Jasper Philipsen selepas menamatkan kayuhan sejauh 206 kilometer (km) dari Itali ke Perancis, semalam.
Pelumba Perancis, David Gaudu merampas jersi pendahulu keseluruhan daripada Jonas Vingegaard yang menamatkan saingan di belakang kumpulan utama, dengan Giulio Ciccone di tempat ketiga, Egan Bernal keempat dan Tom Pidcock kelima.
“Saya menang semalam dan hari ini saya dapat jersi merah, hasil kerja keras pasukan saya. Ia sangat simbolik dan indah,” kata Gaudu dengan penuh kegembiraan.
Vingegaard turut kehilangan jersi pecut kepada rakan senegaranya dari Denmark, Mads Pedersen, yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam.
Kemenangan Turner untuk pasukan Ineos Grenadiers itu meneruskan trend peningkatan sejak kembalinya Dave Brailsford mengetuai pasukan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Ia juga adalah kemenangan peringkat Grand Tour pertama buat pelumba berusia 26 tahun dari Doncaster itu, yang mengambil peluang daripada salah faham antara Philipsen dan pelumba pengiringnya untuk memecut di hadapan.
“Saya ada pasukan terbaik di sisi saya dan saya benar-benar yakin dengan apa yang perlu dilakukan. Semuanya berjalan sempurna, penamat yang cukup ideal untuk saya,” kata Turner, yang mengalami masalah rantai terlucut pada penamat peringkat pertama.
Pelumba Sepanyol dari Team UAE, Juan Ayuso, kekal mengungguli kedudukan jersi putih.
Selepas mendaki Montgenevre, saingan Vuelta melintasi sempadan Itali menuju ke Perancis dengan garisan penamat di bandar Voiron yang terletak di kaki Banjaran Alps.
Persinggahan di Itali itu turut menyajikan dua penamat menarik dengan Vingegaard menjuarai peringkat kedua, manakala Gaudu dari FDJ meraih kemenangan bersejarah pada hari ketiga.
Turner takluk peringkat ke-4, Gaudu rampas kedudukan pendahulu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.