Sinner bermula garang misi pertahan kejuaraan

Sinner bermula garang misi pertahan kejuaraan

Sinner bermula garang misi pertahan kejuaraan
JANNIK Sinner meraikan kemenangan ke atas Kopriva. FOTO AFP

New York: Jannik Sinner meredakan kebimbangan mengenai tahap kesihatannya apabila memulakan misi mempertahankan gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan mudah 6-1, 6-1, 6-2 ke atas pemain Republik Czech, Vit Kopriva, yang menghuni ranking ke-89 dunia, awal pagi tadi.

Pemain nombor satu dunia itu hanya memerlukan sejam 38 minit untuk menyingkirkan Kopriva, 28, yang buat kali pertama beraksi dalam undian utama di Flushing Meadows.

Persiapan Sinner ke kejohanan itu sebelum ini sedikit terganggu selepas dia terpaksa menarik diri ketika menentang Carlos Alcaraz pada set pertama final Terbuka Cincinnati minggu lalu kerana masalah kesihatan.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu tampak pulih sepenuhnya apabila menundukkan Kopriva dengan penuh bergaya, termasuk tujuh kali mematahkan servis lawannya.

“Saya rasa berada dalam kondisi fizikal yang baik. Latihan sebelum ini berjalan lancar, terutama beberapa hari terakhir. Saya sangat gembira kerana kembali sihat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


“Kami sudah lakukan yang terbaik untuk berada dalam keadaan terbaik di sini. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi hari ini,” kata Sinner.

Pemain Itali itu kini memburu gelaran berganda, sekali gus cuba menjadi pemain lelaki pertama mempertahankan kejuaraan Terbuka AS sejak Roger Federer melakar lima kemenangan berturut-turut dari 2004 hingga 2008.

“Rasa hebat dapat kembali ke sini. Ia sememangnya kejohanan yang sangat istimewa,” kata Sinner, yang kini mencatat 22 kemenangan berturut-turut di gelanggang keras Grand Slam.

“Saya ada memori yang menakjubkan (daripada tahun lalu). Setiap tahun berbeza. Anda datang ke sini dan harap dapat memulakan kejohanan dengan cara terbaik dan saya berjaya melakukannya,” katanya lagi.

Sinner selepas ini akan menentang Alexei Popyrin untuk merebut tempat ke pusingan ketiga.

Sinner bermula garang misi pertahan kejuaraan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker