Sebutan semula kes UBB Investment Bank hadapi 53 pertuduhan ditetapkan 26 September

Sebutan semula kes UBB Investment Bank hadapi 53 pertuduhan ditetapkan 26 September

Sebutan semula kes UBB Investment Bank hadapi 53 pertuduhan ditetapkan 26 September
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menetapkan 26 September depan untuk sebutan semula kes bank pelaburan, UBB Investment Bank Ltd (UBBIB), yang didakwa atas 53 pertuduhan gagal mengemukakan Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Hakim Azrul Darus menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes pada hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Siti Suriatey Mohamed Yusoff, dan peguam, Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili UBBIB.

Pada 26 Jun lalu, UBBIB yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Razlan Raghazli selaku Orang Kena Saman (OKS), didakwa atas 53 pertuduhan gagal melaporkan kepada BNM berkenaan 53 transaksi dilaksanakan dengan pelanggannya antara 2023 hingga 2024, dengan transaksi berkenaan disyaki membabitkan hasil daripada aktiviti haram.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pemasaran UBB Investment Bank Ltd, Desa Sri Hartamas, antara Januari 2023 hingga Disember 2024.

UBBIB sebagai pemegang lesen bank bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (Akta 704), juga didakwa atas satu pertuduhan gagal menjalankan siasatan dengan usaha sewajarnya sebelum membuka akaun bagi seorang pelanggan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 2023 di Pejabat Pemasaran UBB Investment Bank Limited.

Pendakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 187(1) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, dibaca bersama Seksyen 98(2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM3 juta, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes berkenaan.

Sebutan semula kes UBB Investment Bank hadapi 53 pertuduhan ditetapkan 26 September

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker