Penduduk terpaksa bawa jenazah naik motosikal

Penduduk terpaksa bawa jenazah naik motosikal

Penduduk terpaksa bawa jenazah naik motosikal
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah. – Instagram

JAKARTA – Penduduk di Bone Bolango, wilayah Gorontalo mengundang perhatian orang ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di perkampungan Pinogu Pinembani, baru-baru ini.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @andreli_48 menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah yang dibungkus dengan kain batik.

Kain batik itu bukan diikat pada belakang motosikal, sebaliknya diikat pada badan penunggang agar jenazah tidak terjatuh.

Mereka berbuat sedemikian kerana jalan rosak dan sempit sehingga tidak dapat dilalui oleh kereta.

Rakaman itu mencatatkan lebih 48,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Adakah pemerintah sengaja menutup mata?” kata seorang netizen.

“Daripada berikan elaun bulanan kepada ahli Parlimen, lebih baik gunakan wang ini untuk membaiki jalan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Penduduk terpaksa bawa jenazah naik motosikal

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker