Gagal tangkap king cobra, pengawal keselamatan ‘terduduk’ kena patuk

Gagal tangkap king cobra, pengawal keselamatan ‘terduduk’ kena patuk

Gagal tangkap king cobra, pengawal keselamatan ‘terduduk’ kena patuk
Modell menangkap ular tedung selar dan memasukkannya ke dalam bekas. – The Phuket News

BANGKOK – Seorang pengawal keselamatan di Phuket dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular tedung selar atau king cobra ketika dia cuba menangkap reptilia itu menggunakan tangan kosong, lapor laman berita Thaiger.

Kejadian berlaku pada 20 Ogos lalu apabila lelaki tersebut dengan berani cuba menangkap ular itu.

Nasib tidak menyebelahinya apabila ular tedung itu menyerang balas dan mematuk tangan mangsa, menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.

Tangan mangsa dilaporkan bengkak, namun dia sembuh selepas dirawat.

Sementara itu, ular tedung tersebut dimasukkan ke dalam bekas dan dibawa ke Patong untuk dinilai keadaannya.

Seorang pakar ular tempatan, Vincent Vinnie Modell berkata, ular itu adalah antara yang terbesar yang pernah dilihatnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Saiznya dianggarkan antara 3.5 meter hingga 4 meter panjang dan berat hampir 5 kilogram, lapor The Phuket News.

“Ular itu sangat defensif. King cobra biasanya tidak serta-merta membuka mulut untuk menggigit, ia biasanya memberikan serangan palsu terlebih dahulu.

“Namun yang ini sangat gelisah. Dalam 3 hingga 5 minit diperiksa dan dibungkus, ular itu cuba menggigit saya lebih daripada tujuh kali,” kata Modell. – AGENSI

Gagal tangkap king cobra, pengawal keselamatan ‘terduduk’ kena patuk

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker