Dua gergasi Madrid pantau Mainoo
Dua gergasi Madrid pantau Mainoo

London: Kedua-dua gergasi Madrid serta beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang memantau situasi pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo.
Menurut laporan Daily Mail Sport, Real Madrid dan Atletico dilaporkan mengikuti rapat perkembangan pemain antarabangsa England itu yang bergelut mendapatkan minit permainan di bawah kendalian Ruben Amorim.
Sumber mendedahkan perpindahan pinjaman semusim mungkin menarik minat kelab-kelab di ibu kota Sepanyol, dengan jendela perpindahan bakal ditutup Isnin ini.
Mainoo, 20, yang membesar melalui akademi Old Trafford, masih belum beraksi walau seminit pun dalam dua perlawanan Liga Perdana United musim ini.
Dia mula diturunkan sebagai pemain gantian sejak kembali daripada kecederaan pada Disember lalu, selepas sebelumnya menjadi pilihan utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Walaupun pemain itu terbuka untuk kekal di United, dia turut mahukan peluang bermain dalam kesebelasan utama dan tidak menolak langkah berpindah ke kelab yang mampu menawarkan aksi di Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, United dipercayai tidak bersedia meluluskan perpindahan secara pinjaman kerana tidak bercadang menjualnya, apatah lagi skuad kini hanya memiliki empat pemain tengah utama.
Dengan musim masih awal, Mainoo berpotensi memainkan peranan penting di Old Trafford meskipun tidak diturunkan dalam dua perlawanan awal.
Kejatuhan kariernya ketika ini agak mengejutkan, setahun selepas dia menjadi tonggak England dalam final Euro 2024 menentang Sepanyol serta menjaringkan gol dalam kemenangan mengejut United ke atas Manchester City di final Piala FA.
Namun, dia dilihat tidak sesuai dengan sistem 3-4-3 yang diterapkan Amorim dan ketiadaannya dalam kesebelasan utama menambah aksi hambar kelab itu.
Dua gergasi Madrid pantau Mainoo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.