Chelsea intai sambar Lopez

Chelsea intai sambar Lopez

FERMIN Lopez (tengah) menjadi sasaran Chelsea. FOTO REUTERS

London: Chelsea sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan tawaran terhadap pemain tengah Barcelona, Fermin Lopez ketika The Blues berusaha memperkuat pasukan sebelum tarikh akhir perpindahan.

The Blues kini dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan wakil pemain antarabangsa Sepanyol itu, namun masih belum membuat tawaran rasmi.

Lopez adalah tonggak penting Barcelona, dengan pemain berusia 22 tahun itu semakin hampir mencatat 100 penampilan bersama skuad utama kelab berkenaan.

Musim lalu, Lopez beraksi dalam 46 perlawanan dalam semua kejohanan dengan sumbangan lapan gol serta 10 bantuan jaringan.

Antaranya termasuk enam gol dan lima bantuan jaringan dalam saingan LaLiga yang membantu Barcelona menjuarai liga domestik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Lopez bermain selama 45 minit ketika aksi pembukaan musim Barcelona menentang Real Mallorca minggu lalu, namun sekadar duduk di bangku simpanan sepanjang kemenangan 3-2 ke atas Levante pada hujung minggu.

Gergasi Catalan itu memiliki banyak pilihan di bahagian tengah dengan Pedri dan Marc Casado diturunkan dalam kesebelasan utama minggu lalu, manakala Gavi pula dimasukkan sebagai pemain gantian.

Barcelona juga boleh bergantung kepada Frankie de Jong, Dani Olmo dan Marc Bernal di posisi terbabit.

Lopez melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Sepanyol tahun lalu ketika menewaskan Andorra, selain beraksi dalam satu perlawanan ketika pasukan itu muncul juara Euro 2024.

Namun, sejak itu pemain berusia 22 tahun itu belum lagi dipanggil semula ke skuad kebangsaan.

Kemungkinan penjualannya boleh membantu meringankan kedudukan kewangan Barcelona, sekali gus membolehkan kelab itu mendaftarkan Wojciech Szczesny, Roony Bardghji dan Gerard Martin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Chelsea sebelum ini sudah membawa masuk enam pemain baharu pada musim panas ini termasuk penyerang Joao Pedro bernilai £60 juta (RM341 juta) dan Liam Delap pula £30 juta (RM170.5 juta).

Pemain sayap Jamie Gittens turut menyertai The Blues dari Borussia Dortmund dengan nilai £55 juta (RM312.6 juta), diikuti Jorrel Hato £37 juta (RM210.3 juta) dan Dario Essugo £18.5 juta (RM105.1 juta).

Bintang muda Brazil, Estevao, turut melengkapkan perpindahan bernilai £29 juta (RM164.8 juta) musim panas ini, walaupun perjanjian itu sebenarnya sudah dimeterai setahun lalu.

Chelsea intai sambar Lopez

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker