Calon SPM maut, motosikal dirempuh kereta disyaki langgar lampu isyarat merah

Calon SPM maut, motosikal dirempuh kereta disyaki langgar lampu isyarat merah

Calon SPM maut, motosikal dirempuh kereta disyaki langgar lampu isyarat merah
Tangkap layar daripada rakaman video tular yang menunjukkan kemalangan di persimpangan lampu isyarat Pasar Melor di Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU: Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Pasar Melor di sini, hari ini.

Kemalangan sekitar jam 7.04 malam itu menyebabkan mangsa, Azri Anuwar, 17, yang juga seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), terkorban di lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman video yang tular, lampu isyarat di arah motosikal mangsa dipercayai sedang hijau ketika insiden, manakala di arah kereta terbabit pula disyaki masih merah.

Bapa mangsa, Anuwar Mohamed Ali, 48, berkata insiden berlaku ketika anak sulung daripada empat beradik itu sedang dalam perjalanan dari arah sekolah menuju ke rumah mereka di Kadok Dalam, di sini.

Setiba di lokasi, beliau berkata, berlaku nahas antara motosikal ditunggang anaknya dengan sebuah kereta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


“Saya dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa anak selepas dihubungi rakan yang meminta supaya segera ke lokasi kejadian.

“Saya berasa tidak sedap hati. Sebaik saja tiba di lokasi, saya melihat jasad anak telah ditutup dengan kain,” katanya ketika dihubungi.

Anuwar yang juga seorang pegawai tadbir berkata, mayat anaknya kemudian dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian untuk tindakan lanjut.

Menceritakan lanjut, beliau berkata, anaknya itu sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM, justeru arwah berkemungkinan baru lepas mengulang kaji pelajaran sebelum pulang ketika kejadian.

Katanya, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Jaafar Kadok Dalam, pagi esok.

Beliau sekali gus berharap polis menyiasat kemalangan itu dan keadilan untuk anaknya akan terbela.

 

Calon SPM maut, motosikal dirempuh kereta disyaki langgar lampu isyarat merah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker