Budak 6 tahun digigit anjing liar, disahkan maut akibat rabies di Sarawak
Budak 6 tahun digigit anjing liar, disahkan maut akibat rabies di Sarawak

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di Bintulu, Sarawak.
Kes kematian mangsa berusia enam tahun itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Veronica Lugah.
Dr Veronica berkata, kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga di sebuah ladang itu mula menunjukkan beberapa simptom sejak 31 Julai lalu.
Laporan portal Borneo Post memetik beliau berkata, gejala dialami mangsa termasuklah sakit kepala, demam, sakit leher dan hilang selera makan.
“Anjing itu kemudian berjaya ditangkap dan disahkan positif rabies oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak,” katanya.
Mengenai jumlah kumulatif jangkitan rabies membabitkan manusia di Sarawak pula, Dr Veronica berkata, ia sudah mencecah 85 kes sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017, dengan 78 kematian atau 91.7 peratus.
Tahun ini saja, beliau berkata, dua kes rabies menjangkiti manusia, lebih rendah berbanding lima kes dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jabatan Kesihatan Sarawak ingin mengingatkan orang awam bahawa Sarawak masih belum bebas daripada wabak rabies.
“Penyakit ini boleh merebak melalui gigitan atau cakaran, serta menerusi pendedahan kepada air liur mamalia yang dijangkiti rabies, terutama anjing dan kucing,” katanya.
Dr Veronica turut menasihati orang ramai supaya mengelak bersentuhan dengan haiwan liar.
Sekiranya terkena gigitan atau cakaran, beliau berkata, individu terbabit disaran membasuh luka dengan sabun bersama air mengalir sekurang-sekurang selama 15 minit sebelum mendapatkan rawatan di klinik.
Beliau turut memberi peringatan agar tidak menyentuh bangkai haiwan tanpa mengetahui punca kematiannya, sambil menekankan kepentingan vaksinasi anti-rabies tahunan untuk anjing dan kucing peliharaan.
“Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak supaya menjauhi haiwan yang berpotensi membawa rabies.
“Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Budak 6 tahun digigit anjing liar, disahkan maut akibat rabies di Sarawak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.