Bakal doktor parah jatuh dari tingkat tujuh kondo
Bakal doktor parah jatuh dari tingkat tujuh kondo

MELAKA: Seorang penuntut tahun akhir kolej perubatan swasta di negeri ini parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri disewa bersama tiga rakan sekuliah di Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.40 malam.
Katanya, anggota Task Force yang tiba di lokasi mendapati pasukan bomba dan kakitangan perubatan Hospital Melaka mengeluarkan mangsa.
:Hasil pemeriksaan fizikal bersama kakitangan perubatan, mangsa berusia 24 tahun itu dikesan mengalami pendarahan di kaki dan kepala sebelum dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Melaka.
“Mangsa dilaporkan kritikal dan doktor mengesahkan beliau mengalami pendarahan teruk di otak dan tengkorak akibat hentakan semasa jatuh,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.
Christopher berkata, rakan serumah mangsa mendakwa
pelajar tahun akhir itu keluar melulu dalam keadaan bogel dari bilik mandi sebelum terjun dari tingkat tujuh dan jatuh di hadapan beranda di tingkat lima,” katanya.
Christopher berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengetahui punca kejadian dan mangsa dikatakan mengalami masalah mental.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Penolong Penguasa Bomba, Rahizam Ruzali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.41 malam.
Katanya, tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan dan tiba empat minit kemudian.
Bakal doktor parah jatuh dari tingkat tujuh kondo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.