Warga emas maut motosikal jatuh gaung 10 meter

Warga emas maut motosikal jatuh gaung 10 meter

Warga emas maut motosikal jatuh gaung 10 meter
Lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang terbabas ke dalam gaung. – Foto Bomba

KAJANG: Warga emas maut terjatuh ke gaung sedalam 10 meter di kawasan perkuburan Cina di Jalan Cheras, Batu 11, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 9.46 malam tadi.

“Jentera tiba di lokasi jam 10 malam dan komander operasi melaporkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda Wave terbabas ke gaung.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Warga emas maut motosikal jatuh gaung 10 meter

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker