Suami, isteri cedera dirempuh kereta langgar lampu merah

Suami, isteri cedera dirempuh kereta langgar lampu merah

Suami, isteri cedera dirempuh kereta langgar lampu merah

KAJANG: Pasangan suami, isteri hampir dilenyek sebuah kereta akibat terjatuh selepas motosikal ditunggang mereka di Persiaran Kemajuan, di sini, dirempuh oleh pemandu yang melanggar lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku pada 11.20 pagi kelmarin, di sebuah persimpangan lampu isyarat membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.

“Kemalangan berlaku berpunca daripada kereta jenis Honda berwarna hitam melanggar lampu isyarat merah untuk belok ke kanan dan berlaku pelanggaran dengan motosikal yang bergerak lurus dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh ke atas jalan lalu dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna merah dari arah yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasangan suami, isteri kedua-duanya berusia 26 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Long Specialist dan Hospital Serdang untuk menerima rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Katanya, soal siasat pemandu Honda terbabit seorang wanita berusia 59 tahun mendakwa terkeliru dan menyangka lampu isyarat hijau adalah sama bagi lorong lurus dan ke kanan menyebabkannya meneruskan perjalanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda mencecah RM10,000 dan boleh juga dipenjara hingga tidak lebih dua belas bulan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Nur Izzatul Aira Ariffin di talian 017-2737696,”katanya.

Suami, isteri cedera dirempuh kereta langgar lampu merah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker