Sensasi 16 tahun wira Liverpool benam Newcastle
Sensasi 16 tahun wira Liverpool benam Newcastle

Newcastle: Liverpool memerlukan jaringan kemenangan minit ke-100 daripada pemain berusia 16 tahun, Rio Ngumoha untuk menewaskan Newcastle 3-2 selepas hampir mensia-siakan kelebihan dua gol menentang 10 pemain dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Ryan Gravenberch dan Hugo Ekitike masing-masing meledak gol untuk juara England itu dengan Anthony Gordon dilayangkan kad merah selepas terjahan keras terhadap Virgil van Dijk.
Namun dalam suasana gamat di St. James’ Park, skuad The Magpies bangkit menerusi jaringan Bruno Guimaraes dan William Osula sebelum impian mereka dipadamkan oleh sensasi remaja, Ngumoha, yang sekali gus mencatat sejarah sebagai penjaring termuda dalam sejarah Liverpool.
“Inilah juga yang menjadikan Liga Perdana begitu istimewa,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot.
“Mungkin ia bukan perlawanan terbaik dari segi taktikal atau corak permainan, tetapi saya percaya semua peminat bola sepak di seluruh dunia menikmati perlawanan ini,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool berkongsi rekod maksimum enam mata daripada dua perlawanan bersama Tottenham dan pencabar kejuaraan, Arsenal, yang akan berkunjung ke Anfield pada Ahad ini.
Newcastle pula masih tercari-cari kemenangan pertama musim ini tanpa kelibat penyerang utama mereka, Alexander Isak, yang mahu meninggalkan kelab.
Penyerang Sweden itu menjaringkan gol kemenangan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam final Piala Liga pada Mac lalu yang menyaksikan Newcastle menamatkan kemarau 70 tahun tanpa trofi domestik.
Namun, Isak masih belum beraksi musim ini di bawah kendalian Eddie Howe kerana dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Tyneside.
Liverpool dilaporkan menjadi destinasi utama sekiranya Isak meninggalkan kelab sebelum jendela perpindahan ditutup minggu depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
The Reds sebelum ini dilaporkan sudah membuat bidaan £110 juta (RM622.6 juta) yang ditolak, dengan Newcastle sebaliknya mahukan £150 juta (RM849 juta), jumlah rekod perpindahan baharu di Britain.
Menambah kekecewaan Newcastle, juara EPL itu turut memenangi perebutan mendapatkan Ekitike, yang sebelum ini sudah disasarkan sebagai pengganti berpotensi kepada Isak.
Selepas gagal mendapatkan beberapa sasaran penyerang dalam pasaran perpindahan, kekurangan penyudah tajam Newcastle semakin terserlah apabila mereka sekadar seri 0-0 menentang Aston Villa yang bermain 10 orang pada aksi pembukaan.
Sensasi 16 tahun wira Liverpool benam Newcastle
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.