Pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor akibat hujan lebat, angin kencang
Pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor akibat hujan lebat, angin kencang

SHAH ALAM: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda malam ini mengakibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Selangor.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan di beberapa lokasi di Persiaran Hamzah Alang, Meru, Klang; Taman Muhibah, Bestari Jaya dan Jalan Cempaka 2A/2, Bukit Sentosa pada jam 9.58 malam hingga 10.19 malam.
“Di Meru, terdapat pokok tumbang dan menghalang jalan raya. Manakala di Bestari Jaya, pokok kelapa menghalang jalan di kawasan perumahan taman.
“Di Bukit Sentosa juga pokok tumbang menghalang jalan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, ketika ini kerja-kerja pemotongan dan pengalihan kayu sedang dijalankan anggota bomba.
Terdahulu, Jabatan Meteorlogi Malaysia melaporkan amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga jam 1 pagi esok.
Antara negeri terlibat adalah Pahang (Jerantut), Selangor (Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Sarawak (Limbang) dan Sabah Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda malam ini mengakibatkan kejadian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.