Angkut Inova naik lori, serah hantaran majlis tunang

Angkut Inova naik lori, serah hantaran majlis tunang

Angkut Inova naik lori, serah hantaran majlis tunang
Sebuah Toyota Inova dan jambangan wang tunai 100 juta rupiah antara yang menjadi hantaran. – TikTok

JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis pertunangan diadakan secara meriah sehingga melibatkan sebuah kereta Toyota Inova dan wang tunai sebanyak 100 juta rupiah (RM25,800) sebagai hantaran, lapor portal berita Wolipop semalam.

Acara itu berlangsung di Demak, wilayah Jawa Tengah.

Dalam video yang dimuat naik di laman sosial, rombongan lelaki berjalan menuju ke rumah calon pengantin perempuan sambil membawa pelbagai barangan sebagai hantaran.

Ia termasuk kereta, jambangan wang tunai dan barangan kelengkapan rumah seperti katil dan almari.

Menurut seorang perancang acara, Ragil Wibowo, majlis antara pasangan Shinta dan Khafid itu berlangsung pada 23 Jun lalu.

Katanya, acara itu berlangsung di sebuah kampung yang rata-rata penduduknya merupakan perantau kota yang berjaya dalam karier mereka.

“Majoriti penduduk kampung itu menyerahkan hantaran yang sangat banyak apabila majlis melamar.

“Semua hantaran itu dibeli oleh calon pengantin lelaki secara tunai. Dia juga berasal daripada keluarga kaya,” kata Ragil.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen di platform TiTok.

“Sesungguhnya, berlebih-lebihan itu adalah sesuatu yang tidak bagus,” kata seorang netizen.

“Ini baru bertunang. Kalau bernikah nanti macam manalah agaknya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Angkut Inova naik lori, serah hantaran majlis tunang

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker