Tiga lelaki ditahan curi kabel, rempuh kenderaan ketika cuba larikan diri

Tiga lelaki ditahan curi kabel, rempuh kenderaan ketika cuba larikan diri

Tiga lelaki ditahan curi kabel, rempuh kenderaan ketika cuba larikan diri
Tangkap layar video tular polis menahan beberapa individu disyaki pencuri kabel. – Foto Tular.

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit kecurian kabel selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka merempuh beberapa kenderaan lain ketika cuba melarikan diri di Jalan Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata kejadian itu dikesan tular hari ini selepas rakaman video dimuat naik di media sosial.

Katanya, menerusi rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu oleh seorang individu yang lari dari pemeriksaan polis dan merempuh beberapa kenderaan lain.

“Sepasukan Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras membuat tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun, kira-kira jam 2.45 petang semalam

“Pemeriksaan awal terhadap kenderaan yang digunakan suspek menemukan empat karung guni berisi kabel tembaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


Beliau berkata, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur juga menerima satu laporan polis berhubung kejadian ini pada jam 4.40 petang, hari sama.

“Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 27 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Aidil berkata, polis turut membuka siasatan berhubung kejadian rempuhan itu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan memaklumkan tiada pemandu kenderaan yang terbabit dalam rempuhan itu mengalami kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Tiga lelaki ditahan curi kabel, rempuh kenderaan ketika cuba larikan diri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker